WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

LAHAD DATU, 29 Ogos –  Perlawanan persahabatan bola sepak antara Zon Maritim Lahad Datu dengan IPD Lahad Datu di sini semalam menjadi landasan terbaik dalam mengeratkan hubungan warga Maritim Malaysia dengan pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) khususnya bagi daerah Lahad Datu.

Objektif perlawanan ini diadakan bagi menyambut Bulan Kemerdekaan Malaysia Yang Ke – 61 bertemakan Sayangi Malaysiaku. Perlawanan tersebut bermula pada jam 4 petang semalam, kemenangan berpihak kepada IPD Lahad Datu dengan keputusan 3 – 2. Kedua – dua pasukan mempamerkan perlawanan yang begitu sengit sehingga pasukan IPD Lahad Datu telah mendahului jaringan gol pada masa pertama.

Pasukan Maritim yang diketuai oleh Leftenan (M) Muhamad Zarif bin Mat Yunus, berkata bahawa perlawanan yang julung kali diadakan ini adalah untuk menyemai semangat berpasukan dalam mencapai kemenangan. Namun bukan semata-mata memerlukan kemenangan sahaja tapi memerlukan semangat berpasukan dalam mencapai satu matlamat ujar beliau lagi.

Kedua-dua pasukan amat berpuas hati dengan keputusan perlawanan serta mutu permainan yang ditunjukkan oleh setiap pemain. Warga Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengucapkan selamat menyambut Hari Kebangsaan Malaysia Yang Ke – 61 tahun bertemakan Sayangi Malaysiaku.

bola merdeka
bola merdeka 2

Sumber:

Staf Perhubungan Awam Zon Maritim Lahad Datu