Kuala Linggi, 20 Ogos – Ibu Pejabat Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan telah mengadakan perhimpunan bulanan bagi Bulan Ogos pada 20 Ogos baru-baru ini.

Perhimpunan bulanan pada kali ini menyaksikan penyampaian Sijil Pekerja Contoh Bulanan kepada LK I (M) Mohd Saufi Bin Md Derani, selain itu penyampaian sumbangan kebajikan daripada kelab sukan dan kebajikan APMM yang disampaikan oleh Pengarah Maritim Negeri, Kepten Maritim hj Amran bin Hj Daud kepada keluarga anggota yang dimasukkan ke hospital dan waris anggota yang meninggal dunia. Pada hari tersebut juga turut berlangsung Majlis Perpisahan yang diraikan, Komander Maritim Eizanizam bin Muhammad Eng yang bertukar keluar bulan ini.

Kepten Maritim Hj. Amran bin Hj Daud, dalam amanatnya turut menyampaikan beberapa isu-isu semasa termasuk perayaan AildilAdha seterusnya menjelang sambutan hari kebangsaan. Selain itu, beliau juga turut memberi beberapa suntikan nasihat dan penekanan terhadap komitmen dan penampilan anggota agar sentiasa kemas dan menjaga nama baik agensi walau dimana berada. Akhir ucapan, beliau juga turut mengucapkan setinggi ucapan terima kasih dan penghargaan kepada Komander (M) Eizanizam b. Muhammad Eng atas segala sumbangan selama beliau berkhidmat sebagai Timbalan Pengarah (Logistik) disini serta turut mengucapkan selamat maju jaya di tempat baru sebagai Timbalan Pengarah (Operasi) Ibu Pejabat Maritim Negeri Selangor pada hujung bulan ini.

Majlis pada hari tersebut diakhiri dengan upacara pemotongan kek hari lahir bagi semua pegawai dan Pegawai Penguatkuasa Lain-Lain Pangkat Maritim yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan Julai dan Ogos.

perhimpunan ogos 2 perhimpunan ogos 3
perhimpunan ogos 4 perhimpunan ogos

Sumber:

Staf Perhubungan Awam

Ibu Pejabat Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan