LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

LAHAD DATU, 16 Ogos – Zon Maritim Lahad Datu telah mengadakan Latihan Kemahiran Menembak bersama agensi kerajaan bersempena Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke – 61 di Lapang Sasar Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA), 15 hingga 16 Ogos lalu.

Aktiviti ini telah disertai oleh agensi kerajaan tempatan diantaranya ialah Polis Diraja Malaysia Batalion 17 PGA, Pegawai kanan dan anggota Maritim ESSCOM serta Angkatan Pertahanan Awam (APM) bersama anggota Zon Maritim Lahad Datu yang telah melibatkan keanggotaan seramai lebih kurang 80 peserta.

Program diadakan bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara agensi dan menghargai kerjasama mereka yang terjalin selama ini sekaligus menjadi medium terbaik bagi memperkenalkan fungsi dan peranan Maritim Malaysia kepada jabatan lain.

Pada hari sebelumnya, satu sesi Taklimat Tatacara Keselamatan Penggunaan Senjata Api Kecil bagi semua pegawai dan anggota Maritim telah dilakukan bertujuan untuk memberi pendedahan berkenaan penggunaan senjata api kecil yang sering digunakan sewaktu melaksanakan operasi di laut.

Secara tidak langsung latihan ini dapat meningkatkan disiplin serta rasa bertanggungjawab anggota ketika menggendalikan senjata sewaktu bertugas.

Latihan dan pertandingan menembak pada kali ini telah disempurnakan dengan jayanya oleh semua warga Zon Maritim Lahad Datu yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung. Sijil serta hadiah bagi peserta dan pemenang telah disampaikan oleh Pengarah Zon Maritim Lahad Datu, Leftenan Komander Maritim Radzil Allexender bin Raphael.

menembak 3 menembak 2

menembak 1

Sumber / Foto :

Pegawai Perhubungan Awam

Zon Maritim Lahad Datu