LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

Kuala Linggi, 2 OgosIbu Pejabat Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan baru-baru ini telah terlibat dalam dua perlawanan persahabatan bola sepak iaitu bersama akademi laut Malaysia (ALAM) dan Pemuda Kampung Jeram, Masjid Tanah.                                   

Perlawanan persahabatan pertama diantara Ibu Pejabat Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan dan ALAM telah berlangsung pada Isnin, 30 Julai lalu bertempat di Padang Bola Sepak ALAM menyaksikan APMM tewas 1-2 kepada ALAM. Manakala pada perlawanan pada 1 Ogos yang berlangsung menentang Pemuda Kampung Jeram berkahir dengan keputusan seri 2 sama.

Kepten Maritim Hj Amran bin Hj Daud, Pengarah Maritim Negeri berkata, objektif perlawanan persahabatan ini, adalah untuk mewujudkan hubungan harmoni anggota dengan agensi dan komuniti setempat dan menjalinkan hubungan mesra dengan mereka sekaligus menyokong gaya hidup sihat dan cergas.

IMG-20180730-WA0019 IMG-20180801-WA0020

 

Sumber:

Staff Perhubungan Awam Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan