LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

LUMUT, 9 Julai – Maritim Malaysia menerusi Stesen Udara Maritim Subang (SUMS) hari ini telah menganjurkan satu siri latihan iaitu Eksesais Lanjutan Carilamat (Advance SAREX). Eksesais ini berlansung selama tiga hari bermula dari 9 hingga 11 haribulan Julai bertempat di Pejabat Maritim Malaysia Negeri Perak.

Eksesais yang diadakan ini bertujuan untuk memastikan setiap pegawai dan anggota Agensi ini mempunyai kemahiran dan kesiapsiagaan yang sepenuhnya dalam melaksanakan sesuatu operasi carilamat di laut.

Eksesais yang dianjurkan kali ini melibatkan seramai 70 orang pegawai dan anggota menggunakan 3 buah aset Maritim Malaysia iaitu 2 buah helikopter dan sebuah kapal. Menerusi eksesais sebegini, antara lainnya dapat meningkatkan kerjasama dan kesefahaman koordinasi operasi antara pesawat udara, kapal dan bot.

36996959 1758490990909475 2743231758399963136 n 37028783 1758476084244299 7905649918386110464 n

Sumber :

Staf Unit Komunikasi Korporat Ibu Pejabat