LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

Persidangan Carilamat dan Bantuan Bencana Antarabangsa (ISAR Conference & Exhibition), program tahunan anjuran Global SAR Resources Sdn. Bhd. bagi tahun 2018 telah dianjurkan dengan jayanya bertempat di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur, pada 10 hingga 12 Julai lalu.

Yang Berbahagia Laksamana Madya Maritim Mohd Taha bin Ibrahim, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) telah diberi penghormatan untuk menyempurnakan upacara perasmian gilang gemilang itu yang turut dihadiri oleh pakar-pakar bidang carilamat dan bantuan bencana seluruh dunia.

Antara pakar-pakar yang hadir ialah dari negara India, China, Egypt, Ukraine, Amerika Syarikat, Panama, Korea, Indonesia, Australia dan New Zealand.

Taklimat carilamat terbahagi kepada tiga kategori dimana taklimat carilamat Maritim telah disampaikan oleh Leftenan Komander Maritim Suzanna Razali Chan, Penolong Pengarah Kanan Bahagian carilamat dan bantuan bencana sebagai jemputan khas forum tersebut.

Pelbagai soalan telah diajukan kepada beliau sepanjang forum tersebut dan secara tidak langsung, Maritim Malaysia dapat berkongsi ilmu dan bertukar pendapat dengan semua peserta yang hadir.

Turut diadakan ialah bengkel Mass Rescue Operation (MRO) yang membincangkan isu-isu bencana maritim yang melibatkan bilangan mangsa yang ramai seperti feri penumpang dan lain-lain.

37264594 1763842620374312 2841935956607500288 n 37202241 1763843357040905 8251503448386699264 n

Sumber :

Staf Unit Komunikasi Korporat Ibu Pejabat