LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

PUTRAJAYA, 18 Julai – “Kematian” merupakan satu ketetapan yang hakiki yang akan menimpa ke atas semua makhluk. Justeru itu, Seksyen Kerohanian dan Kebajikan Bahagian Sumber Manusia Ibu Pejabat telah menganjurkan satu Kursus Pengurusan Jenazah kepada 100 pegawai dan anggota Warga Ibu Pejabat bertempat di Surau Darul Ilmi Tingkat  9, di sini semalam.

Antara modul- modul yang telah diterangkan antaranya Modul Hakikat Kematian, Hukum menziarahi orang sakit, apa yang perlu dilakukan jika berlaku kematian, cara memotong kain kafan, keadaan mayat, cara mengkafan, sembahyang jenazah dan pengkebumian.

Disamping itu juga, kursus ini mempunyai objektif seperti memberi kefahaman mengenai tanggungjawap mengurus jenazah orang islam merupakan satu fardu kifayah, memberi panduan/kemahiran dalam aspek kemampuan diri dalam masyarakat apabila berlaku kematian dan meningkat kebolehan dalam menguruskan kebajikan  serta melahirkan lebih ramai lagi anggota masyarakat dalam menguruskan jenazah.

Tenaga pengajar ini terdiri dari penceramah jemputan iaitu Imam Masjid Al Hidayah Taman Angsamas, Nilai, Negeri Sembilan Ustaz Haji Bosri bin Buyong yang merupakan Bekas Pegawai Agama KAGAT bersama Ustazah Azmah binti Saion serta dibantu oleh  dua orang pembantu.

jenazah 1 jenazah 2
jenazah 4 jenazah 5
   

Sumber dan Foto : Unit Komunikasi Korporat Ibu Pejabat