WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

TAWAU, 5 Julai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Tawau baru-baru ini telah telah menganjurkan satu program Preventive Search And Rescue (SAR) bertempat di Terminal Kastam, Imigresen Dan Kuarantin (CIQ) Tawau.

 

Objektif perlaksanaan program adalah untuk memberi kesedaran khususnya kepada pengusaha dan penumpang- penumpang feri secara umum tentang aspek- aspek keselamatan ketika berlaku situasi kecemasan semasa berada di laut. Selain dapat meminimumkan kemalangan dan kehilangan nyawa perogram ini turut menekankan agar semua bot- bot yang broperasi mematuhi peraturan berkaitan alat keselamatan dan syarat perlesenan.

 

Taklimat telah disampaikan oleh Lt Dya (M) Nurul Hikmat bin Daud dibantu oleh LK (M) Elias bin MOhd Nor serta tiga (3) anggota dari Seksyen Operasi. Taklimat berkenaan melibatkan seramai 105 orang penumpang termasuk krew feri.

 

Secara tidak langsung program ini juga mampu mengeratkan lagi hubungan sedia ada antara pengusaha feri selain apat memberi penjelasan mengenai kemampuan dan tugas- tugas agensi dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di laut disamping akan terus memacu publisiti Maritim Malaysia dengan berkesan.

20180705 103505 20180705 103955

 

Sumber / Foto :

Staf Unit Perhubungan Awam / Seksyen Operasi Zon Maritim Tawau