LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

Tok Bali, 28 Jun – Meskipun Syawal telah memasuki hari ke 14, kemeriahan sambutan Hari Raya Aidilfitri terus dimeriahkan oleh warga Maritim Negeri Kelantan dengan berlangsungnya Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri di perkarangan Ibu Pejabat Maritim Negeri Kelantan di sini bermula jam 10 pagi.

Majlis tersebut menghimpunkan seluruh warganya daripada setiap lapisan yang terdiri daripada para Pegawai Kanan, para Pegawai, Anggota Lain-lain Pangkat dan Pegawai Awam dalam suasana meriah dan penuh kesyukuran walaupun sentiasa bersiapsiaga dalam memenuhi tuntutan tugas.

Majlis tersebut juga dimeriahkan lagi dengan kehadiran jabatan , agensi, sekolah dan sahabat berhampiran seperti guru-guru daripada Sekolah Kebangsaan Tok Bali, Jabatan Laut, IPD dan Balai Polis berhampiran dan banyak lagi rakan media serta sahabat daripada sektor swasta seperti Tok Aman Bali Resort dan Tok Bali Dockyard & Engineering (TBDE) Sdn. Bhd. Turut memeriahkan majlis adalah rakan media dan juga sahabat sector swasta seperti Tok Bali Supply Base (TBSB) Sdn Bhd, Tok Bali Dockyard & Engineering (TBDE) Sdn. Bhd, Tok Aman Bali Beach Resort serta ramai lagi.

Pengarah Maritim Negeri Kelantan, Kepten Maritim Nurul Hizam bin Zakaria turut mengambil kesempatan mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh warga Malaysia amnya dan warga Maritim Negeri Kelantan khususnya. Beliau turut berterima kasih kepada seluruh pegawai dan anggota kerana telah bekerjasama dalam menyediakan juadah raya secara ‘potluck’.

 

IMG 9272 IMG 9376
IMG 9357

Sumber/Foto: 

Staf Perhubungan Awam Maritim Malaysia Negeri Kelantan