LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

LANGKAWI, 12 Jun – Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai Lain-lain Pangkat (LLP) peringkat Negeri Maritim Kedah dan Perlis telah diadakan di Ibu Pejabat Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Langkawi. Majlis tersebut telah disempurnakan oleh Laksamana Pertama Maritim Haji Rozali bin Mohd Said, Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis.

Dalam majlis tersebut seramai 13 orang Pegawai LLP telah menerima kenaikan pangkat. Seramai 3 orang Pegawai Waran II dinaikkan pangkat ke Pegawai Waran I, seorang Bintara Muda dinaikkan pangkat ke Bintara Kanan, 7 orang Laskar Kanan dinaikkan pangkat ke Bintara Muda manakala 2 orang Laskar Kelas I dinaikkan pangkat ke Laskar Kanan.

Kenaikan pangkat ini adalah sebagai tanda penghargaan pucuk pimpinan APMM buat warganya seiring dengan amanah dan tanggungjawab untuk terus berkhidmat dengan gigih dan cemerlang.