WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN, 11 JUN – Seramai 20 peserta Pegawai Penguat Kuasa LLP berpangkat LK, LK I dan LK II Maritim telah berjaya menamatkan Kursus Komunikasi Maritim (KKM) Siri 6 Bil.1/2018 yang berlangsung pada 4 hingga 8 Jun 2018 lalu.

Objektif utama kursus adalah untuk melahirkan anggota APMM yang kompeten khususnya di dalam komunikasi taktikal agar dapat melaksanakan tugas dengan lebih berkesan selain bertujuan menambahkan kemahiran anggota dalam penggunaan PROSKOM APMM. Kursus ini turut memberi penekanan lebih kepada kefahaman dalam aspek komunikasi terutamanya komunikasi taktikal, tatacara percakapan dan penggunaan visual tampak.

 Majlis penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Ketua Latihan Lanjutan, AMSAS iaitu Kdr Maritim Mustafa bin Nazeri.

 

DSC 5932 DSC 5930
DSC 6239 DSC 5928

 

Sumber:

Unit Perhubungan Awam AMSAS