WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN, 8 Jun - Demi menyahut seruan untuk melakukan amal kebaikan di bulan Ramadhan ini, Akademi Maritim Sultan Ahmad Shah (AMSAS) sekali lagi telah menganjurkan Majlis Berbuka Puasa yang bertujuan untuk meraikan bulan Ramadhan bersama dengan 30 orang anak-anak yatim dari tiga buah sekolah angkat AMSAS iaitu Sekolah Kebangsaan Sungai Ular, Sekolah Kebangsaan Sri Baging dan Sekolah Menengah Sri Baging.

Majlis telah dimulai dengan acara Khatam Al-Quran oleh warga AMSAS diikuti dengan Tazkirah, Solat Maghrib, makan malam, acara sumbangan duit raya, Solat Isya’ dan Solat Terawikh berjemaah. Majlis turut diserikan dengan kehadiran Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Maritim Malaysia, YBhg. Dato’ Abdul Rahman bin Mohamad.

DSC 6078 DSC 6113
DSC 6131 DSC 6179

 

Sumber:

Unit Perhubungan Awam AMSAS