LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA KINABALU, 8 Jun - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Zon Maritim Kota Kinabalu telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih bersama Warga Maritim di sini, semalam.

Bermula seawal 7.30 pagi, Pegawai dan anggota Zon Maritim Kota Kinabalu telah mengadakan aktiviti gotong royong persiapan memasak dan menyediakan makanan serta pembersihan untuk majlis tersebut. Majlis ini diadakan bagi mengeratkan silaturahim dan kerjasama antara warga Maritim Zon Kota Kinabalu.

Kehadiran Laksamana Pertama Maritim Adam bin Hj Aziz (Ketua Zon Maritim Kota Kinabalu), Pegawai-pegawai Memerintah Kapal dan Ketua-Ketua bot turut memeriahkan Majlis Berbuka Puasa dan Solat Terawih. Majlis ini dihadiri seramai lebih kurang 120 orang anggota Zon Maritim Kota Kinabalu.

 

6d6a075a-db93-4747-878e-7faeecf08074 d9c3574e-c556-49f1-b671-77ac82beeeea
IMG 2902 IMG 2920

Sumber/Foto :

Staf Perhubungan Awam Zon Maritim Kota Kinabalu