LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA LINGGI, 1 Jun – seramai lebih kurang 80 orang Pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Melaka & Negeri Sembilan telah mengambil peluang menjalani pemeriksaan kesihatan yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, Negeri Melaka dalam Program Komuniti Sihat Perkasa Negara (KOSPEN) yang diadakan di Ibu Pejabat Maritim di sini, Khamis lalu.  

 

Kepten Maritim Hj Amran bin Hj Daud, Pengarah Maritim Negeri berkata, program ini dilaksanakan bertujuan menangani penyakit tidak berjangkit disamping memudahkan warga Maritim disini membuat pemeriksaan kesihatan secara langsung tanpa perlu berulang alik ke Klinik atau Hospital yang jauh.

Beliau juga berkata, pegawai dan anggota telah diberi taklimat kesihatan dan diberi buku rekod kesihatan bagi merekod sejarah saringan kesihatan yang dijalankan sebagai pemantauan dalam mengenalpasti tahap kesihatan awal mereka.

‘KOSPEN adalah satu inisiatif yang kita ambil sebagai satu usaha agresif untuk  memupuk kesedaran dan pengetahuan dalam kalangan warga maritim selain sebagai satu langkah pencegahan awal untuk kita semua mengamalkan gaya hidup sihat dalam persekitaran tempat kerja atau dimana saja kita berada.’ Katanya.

KOSPEN 3 KOSPEN 2
KOSPEN  

Sumber:

Staff Perhubungan Awam Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan