LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA LINGGI, 31 MeiAgensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Negeri Melaka & Negeri Sembilan mengagihkan sebanyak 500 bungkus bubur lambuk dalam satu Program Tadarus Al-Quran dan Gotong Royong Memasak Bubur Lambuk pada 30 Mei lalu bertempat di Perkarangan Tapak Perhimpunan Ibu Pejabat Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan.  

 

Kepten Maritim Hj Amran bin Hj Daud, Pengarah Maritim Negeri berkata, program ini diadakan setiap tahun sejak tahun 2016 dan pada kali ini disertai hampir 80 orang kakitangan DM5 Kuala Linggi bermula jam 8 pagi untuk sama-sama bergotong royong memasak makanan tradisi Ramadan iaitu Bubur Lambuk. Selain itu, Para Pegawai dan Anggota Maritim Malaysia turut meneruskan rutin mengadakan Solat Dhuha dan Tadarus Al-Quran bertempat di Surau Al-Khamsah Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan.

‘Tujuan program ini dilaksanakan adalah untuk mengimarahkan lagi sambutan bulan Ramadhan disamping mengeratkan hubungan silaturrahim dalam kalangan Warga Maritim Malaysia. Bubur lambuk yang telah siap dimasak telah diagihkan kepada beberapa agensi dan jabatan luar serta surau dan masjid di kawasan berhampiran..’ katanya.

Program pada hari tersebut diakhiri  dengan Solat Zohor secara berjemaah dan seterusnya pergerakan pengagihan bubur lambuk.

bubur lambuk bubur lambuk 2
bubur lambuk  

Sumber:

Staff Perhubungan Awam Maritim Negeri Melaka & Negeri Sembilan