LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA KINABALU, 6 Jun - Pengarah Maritim Negeri, Maritim Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Muda Maritim Dato’ Mohd Zubil Bin Mat Som telah menerima kunjungan hormat daripada wakil pihak keselamatan Shell Malaysia Limited di pejabatnya di Bangunan Bayview Court, Likas pada 4 Jun yang lalu.

Rombongan dari pihak Shell seramai 5 orang yang tiba di Ibu pejabat Maritim Negeri Sabah dan WP Labuan pada jam 11.00 pagi itu diketuai oleh En. Teoh Kok Chye, selaku ketua rombongan bertujuan untuk menghadiri taklimat keselamatan oleh pihak APMM khasnya Maritim Negeri Sabah dan WP Labuan seterusnya membincangkan beberapa perkara khususnya berkaitan dengan hal-hal yang melibatkan keselamatan di perairan berhampiran pelantar yang dimiliki oleh Shell Malaysia Limited dan juga kerjasama antara kedua-dua pihak pada masa akan datang.

Kunjungan ini amat dialu-alukan dan diharap dapat mengeratkan serta meningkatkan lagi hubungan kerja antara kedua-dua pihak khasnya kepada pihak APMM dan Shell Malaysia Limited.

1

                                         4

Sumber :

Unit Perhubungan Awam Maritim Negeri Sabah