WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

Pasir Puteh, 28 Mei - Walaupun dalam kesibukan menguatkuasakan undang-undang di perairan negara Maritim Negeri Kelantan telah berjaya mengadakan menganjurkan acara tahunan iaitu Majlis Berbuka Puasa sekaligus tidak lupa untuk melaksanakan tanggungjawab sosial korporat dengan menjemput dan menyampaikan sumbangan kepada anak-anak yatim Rumah Anak Yatim Bukit Peraksi.

Majlis turut dihadiri oleh Laksamana Muda Maritim Dato' Zulkarnain bin Mohd Omar, Pengarah Maritim Negeri Pahang dan panel "Tanyalah Ustaz" TV 9, Kepten Maritim Ustaz Haji Nik Kamaruddin bin Haji Yunoh.

Majlis dimeriahkan lagi dengan kehadiran anak-anak yatim , rakan media dan tetamu daripada beberapa agensi kerajaan di kawasan sekitar.

Majlis diakhiri dengan pemberian sumbangan kepada anak-anak yatim oleh Kepten Maritim Nurul Hizam bin Zakaria, Pengarah Maritim Negeri Kelantan.

 

 

BPNK1 BPNK2
BPNK3 BPNK4

Sumber/Foto: Unit Komunikasi Korporat APMM Negeri Kelantan