WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN, 25 MEI 2018 - Pagi tadi telah berlangsungnya Majlis Pelancaran Pensijilan MS ISO 9001:2015 di AMSAS. Majlis telah disempurnakan oleh Pengarah Pendidikan dan Latihan AMSAS, YH Laksamana Muda (M) Dato' Wan Mohd Affandi bin Wan Ahmad. Untuk rekod, AMSAS merupakan cawangan pertama APMM yang mengamalkan Sistem Pengurusan Kualiti melalui pensijilan MS ISO 9001:2008 sejak 7 Februari 2012 lagi.

 

Hari ini, AMSAS sekali lagi bergerak selangkah ke hadapan dengan memperbaharui Sistem Pengurusan Kualiti sedia ada kepada yang baru melalui pensijilan MS ISO 9001:2015 yang telah diiktiraf mulai 23 April 2018 berikutan pensijilan versi MS ISO 9001:2008 tidak lagi boleh digunapakai selepas 30 September 2018.

 

DSC 5745 DSC 5747
SIJIL ISO 9001 2015 LOGO ISO

 

 

Sumber: Wakil Pengurusan ISO 9001:2015 AMSAS