WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN, 19 APRIL – Karnival Sukan Staf AMSAS atau lebih sinonim dengan, KaSSA kembali semula tahun ini selepas dihentikan penganjurannya pada tahun 2017 untuk memberi laluan kepada pelaksanaan Program Sukan 3K 2017 anjuran Ibu Pejabat.

KaSSA diadakan bertujuan memupuk semangat kesukanan dan kerjasama berpasukan selain mencungkil bakat sukan terpendam di kalangan warga AMSAS. KaSSA  tahun ini sekali lagi bakal menyaksikan persaingan 4 pasukan (Arowana, Piranha, Mayong dan Marlin) bertarung dalam 7 acara bagi merebut gelaran JUARA KaSSA 2018.

Antara acara yang dipertandingkan tahun ini adalah acara sepak takraw, ping pong, petanque, bola tampar, road run relay, bola sepak dan badminton.

Majlis Perasmian KaSSA 2018 telah disempurnakan oleh YH Laksamana Pertama (M) Dato’ Wan Mohd Affandi bin Wan Ahmad, Pengarah Pendidikan dan Latihan AMSAS pada 18 April lalu.

DSC 5034 DSC 5043
DSC 5167 DSC 5293

Sumber: 

Unit Perhubungan Awam AMSAS