LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

LANGKAWI, 10 April - Maritim Malaysia Wilayah Maritim Utara telah menganjurkan Pertandingan Menembak Bersama Agensi kerajaan dan Media Daerah Langkawi bersempena Hari Ulang Tahun (HUT) Maritim Malaysia yang ke – 13 di Lapang Sasar Antarabangsa Langkawi (LISRAM), 10 April lalu.

Aktiviti ini telah disertai oleh 11 agensi kerajaan tempatan diantaranya ialah Jabatan Penjara, Kastam Diraja Malaysia, Imigresen, AADK, Angkatan Pertahanan Awam, KPDNKK, Rela, Tentera Laut Diraja Malaysia, Jabatan Laut, Majlis Perbandaran serta rakan media Langkawi bersama anggota Maritim Wilayah Utara yang telah melibatkan keanggotaan seramai 80 peserta.

Program dianjurkan bertujuan untuk mengeratkan hubungan antara agensi dan menghargai kerjasama mereka yang terjalin selama ini sekaligus menjadi medium terbaik bagi memperkenalkan fungsi dan peranan Maritim Malaysia kepada jabatan lain.

Pada hari sebelumnya, satu sesi Ujian Kemahiran Senjata Api Kecil (UKMSK) bagi semua pegawai dan anggota telah dilakukan bertujuan untuk menguji tahap kecekapan dan kemahiran anggota dalam mengendalikan senjata api kecil yang sering digunakan sewaktu melaksanakan operasi di laut. Secara tidak langsung latihan ini dapat meningkatkan disiplin serta rasa bertanggungjawab anggota ketika menggendalikan senjata sewaktu bertugas.

Latihan dan pertandingan menembak pada kali ini telah disempurnakan dengan jayanya oleh semua warga Maritim Wilayah Utara yang terlibat secara langsung mahu pun tidak langsung. Sijil serta hadiah bagi peserta dan pemenang telah disampaikan oleh Pengarah Maritim Wilayah Utara Laksamana Pertama Maritim Haji Rozali bin Mohd Said.

 

 

12    
3 7  
4