WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

Ibu Pejabat Maritim Wilayah Utara (WILUTA) dengan kerjasama Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) Kuala Lumpur dan Alor Setar telah berjaya menganjurkan Seminar Perancangan Kewangan dan Taklimat Pertandingan Kuiz Permodalan Nasional Berhad (PNB) 1Malaysia Tahun 2018 Peringkat WILUTA pada 27 Mac 2018 (Selasa) di Bilik Taklimat WILUTA, Langkawi.

Program ini telah dibahagikan kepada tiga slot/ sesi iaitu slot pertama tentang Seminar Perancangan Kewangan telah disampaikan oleh Encik Izmir bin Mohammad, Penolong Naib Presiden ASNB Kuala Lumpur, kemudian diteruskan dengan sesi kedua yang diberikan taklimat oleh Encik Mohd Zakie bin Alwi tentang Taklimat Pertandingan Kuiz PNB bagi kategori Badan Beruniform. Sesi terakhir disempurnakan oleh Puan Faten Nazahiah binti Mohamad Noor dari ASNB Alor Setar.

Di samping itu, terdapat juga kaunter perkhidmatan untuk urusan ASNB yang disediakan oleh seramai 4 orang wakil dari ASNB Cawangan Alor Setar yang diketuai oleh Puan Dalia binti Mohd Yusof.

Seramai enam puluh (60) orang warga WILUTA dan Daerah Maritim 1 Langkawi (DM1) telah menghadiri seminar dan taklimat ini dan mendapat manfaat dari aspek perancangan kewangan khususnya perancangan kewangan peribadi dan keluarga.

penceramah sedang memberi  taklimat