LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

PERHIMPUNAN BULANAN IBU PEJABAT MARITIM WILAYAH UTARA BULAN MAC 2018 

 
Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Maritim Wilayah Utara (WILUTA) bulan Mac 2018 telah diadakan pada 25 Mac 2018 (Ahad) di lobi pejabat yang merupakan kali kedua dianjurkan setelah Laksamana Pertama Maritim Haji Rozali bin Mohd Said mengambil alih sebagai Pengarah Maritim Wilayah Utara. 
 
Pengarah Maritim Wilayah Utara dalam ucapan mandat beliau telah mengingatkan banyak perkara, antaranya ialah agar warga APMM di bawah naungan WILUTA menggunakan platform Majlis Bersama Jabatan (MBJ) dengan sebaik mungkin dan kesemua wakil MBJ Pihak Pekerja perlu mengkaji dengan mendalam sesuatu isu sebelum dibangkitkan. Di samping itu, beliau turut menekankan aspek disiplin, keikhlasan dalam bekerja dan budaya melawat anggota yang jatuh sakit dan lain-lain lagi.
 
 Majlis ini turut meraikan pertukaran dan pemangkuan pegawai Gunasama, Pegawai Tadbir dan Diplomatik (PTD) iaitu Encik Mohd Azraai Zain bin Tusimin yang telah bertukar keluar ke Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis berkuatkuasa 21 Mac 2018 atas tawaran pemangkuan sebagai Ketua Penolong Setiausaha, PTD M48.
 
 Majlis diakhiri dengan sambutan warga WILUTA yang lahir pada bulan Mac iaitu Encik Ellias bin Sahari, Puan Norsyafina binti Che Shariff, Bintara Muda Maritim Mohamad Shukri bin Mohamad Basri, Laskar Kanan Maritim Mohd Najmi bin Abdul Majid dan Laskar Kanan Maritim Siti Sarah binti Osman.
gambar berkumpulan 1