WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

JOHOR BAHRU, 4 April, - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Wilayah Maritim Selatan (WILSEL) telah mengadakan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Maritim Daerah Johor Bahru dan Pemakaian Pangkat Pegawai dan Anggota WILSEL.

Pengarah Maritim Daerah Johor Bahru,Kepten Maritim Syed Nor Adli bin Syed Ab Rahman yang akan bertukar keluar ke Majlis Keselamatan Negara dan tempat beliau akan di tanggung oleh Timbalan Pengarah (Operasi) Wilayah Selatan, Kepten Maritiim Sanifah bin Yusof. Majlis Serah Terima ini disaksikan oleh Pengarah Maritim Wilayah Selatan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Abu Bakar bin Idris.

Selain itu, turut diadakan Majlis Pemakaian Pangkat Pegawai dan Anggota WILSEL. Seramai 3 orang pegawai dinaikan ke pangkat Leftenan Maritim dan 18 anggota dinaikkan ke pangkat Laskar Kelas Satu. Acara ini turut disempurnakan oleh Pengarah Maritim Wilayah, Laksamana Pertama Maritim Datuk Abu Bakar bin Idris.

Turut serta bagi kedua-dua majlis ini adalah Timbalan Pengarah (Pengurusan) Wilayah Maritim Selatan, Puan Irmawati bin Ismail, Timbalan Pengarah (Operasi) Daerah Maritim Tg. Sedili, Komander Mohd Zulfadli bin Nayan dan Pengarah Maritim Pangkalan Batu Pahat, Leftenan Komander Muhammad Zulkarnain Bin Abdullah.

 

IMG 1784 2
3 4