LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

PULAU PINANG, 29 Mac – Kelab Kebajikan dan Sukan APMM (KESMAR) Daerah Maritim 2 Pulau Pinang telah menganjurkan Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah (5 Penjuru) bertempat di Padang Bola Sepak PPM Batu Uban semalam yang melibatkan 5 pasukan iaitu terdiri dari pasukan dari KM Kimanis, KM Burau, KM Sikuati bersama anggota bot, Pejabat dan pasukan dari Pasukan Sukarela Maritim Malaysia (PSMM) Pulau Pinang. Objektif kejohanan ini adalah selaras dengan Arahan Ketua Pengarah APMM Bil. 3 2009, kecergasan, kesihatan dan keterampilan amatlah dititik beratkan melalui dasar 3K. Semua pegawai dan anggota hendaklah memastikan pengukuran BMI berada didalam lingkungan yang ditetapkan.

Kejohanan ini juga dapat memupuk kerjasama, saling hormat - menghormati dan dapat mengeratkan ikatan ukhuwah dan silatulrahim sesama warga Daerah Maritim 2 Pulau Pinang dan anggota PSMM Pulau Pinang.

 

03611160-0ffe-4503-8805-250a9874ef3ba53b008a-a5b4-49bc-bea9-0f4ebcad3460

 

 f58e4a78-74e3-4c1b-81e6-d5a2be8d0958

 Sumber:

Staf perhubungan awam DM 2 Pulau Pinang