LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA KINABALU, 29 MAC - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim 15, Kota Kinabalu (DM15) telah menganjurkan Pesta Sukan sempena Kempen Sihat DM15 yang dirasmikan oleh Pengarah Maritim Daerah 15 Laksamana Pertama Maritim Adam bin Hj Aziz di perkarangan pejabat, pada 27hb Mac yang lalu.

Sebanyak lima acara dipertandingkan seperti Ping Pong, Sepak Takraw, Bola Tampar, Futsal dan Mini Maraton melibatkan lima pasukan iaitu Team A (Pejabat), Team B (KM Arau), Team C (KM Banggi), Team D (KM Ikhlas dan KM Berani) dan Team E (KM Memmon dan Bot)

Tujuan Kempen ini diadakan adalah untuk menggalakkan penglibatan pegawai dan anggota dalam aktiviti bersukan disamping mengamalkan gaya hidup sihat serta mensasarkan Anti Merokok dan Anti Obesiti.

Majlis dimulakan dengan ucapan perasmian oleh PMD dan diteruskan dengan gimik pelancaran oleh PMD dan TPPD serta pegawai penyelaras bagi setiap sukan yang dipertandingan diikuti dengan senamrobik oleh semua anggota DM15.

 

f208b2f4-f5a3-413e-b9b4-04bbd239ae63 518cb843-ee3e-4d44-a3da-ce75d41acba3
f1f9491c-b75b-476d-b90f-9280f9450cd9 ecf6399b-458b-4dbb-9762-2a36614371ee

Sumber/Foto :

Staf Perhubungan Awam DM15