LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

PELABUHAN KLANG, 27 MAC - Meskipun jurusan yang dipelajari bukan di dalam bidang pengkhususan teknikal mahupun kejuruteraan, sekumpulan pelajar dari Management Science University (MSU) Shah Alam tetap kelihatan teruja apabila berpeluang memasuki KM Bagan Datuk dalam satu sesi lawatan yang diadakan pada hari ini.

Pelajar-pelajar jurusan Ijazah Sarjana Muda Sains Forensik seramai 24 orang yang diketuai oleh Profesor Madya T.Nataraja Moorthy tersebut memulakan sesi lawatan ke pejabat Daerah Maritim 4 Selangor sebelum dibawa ke jeti Pusat Hidrografi Nasional, Pulau Indah untuk melawat KM Bagan Datuk.

Dalam sesi lawatan tersebut, mereka diberi pendedahan berkenaan agensi serta turut diberi taklimat mengenai Unit Forensik yang disampaikan oleh Leftenan Komander Maritim Faizal bin Abd Rahman dari Cawangan Siasatan Jenayah Maritim. Taklimat berkenaan diharapkan dapat menarik minat mereka untuk menceburi kerjaya sebagai Pegawai Maritim Malaysia khususnya sebagai pegawai forensik bagi agensi.

IMG 8085 IMG 8161
IMG 8260 IMG 8334
IMG 8388 IMG 8397
IMG 8443 IMG 8533

Sumber/Foto:

Staf Perhubungan Awam DM4 Klang