LATEST MERAH  LATEST MERAH awam  LATEST MERAH MEDIA  LATEST MERAH DIREKTORI  LATEST MERAH PENYERTAAN  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA LINGGI, 13 Mac – Agensi Penguatkuasan Maritim Malaysia, Daerah Maritim 5 Kuala Linggi telah mengadakan perhimpunan bulanan bertempat di ruang legar Blok B DM5 Kuala Linggi.

Perhimpunan bulanan pada kali ini menyaksikan penyampaian Sijil Pekerja Contoh Bulanan kepada Puan Norhazlita binti Lajis, selain itu penyampaian sumbangan kebajikan daripada kelab sukan dan kebajikan DM5 yang disampaikan oleh Pengarah Maritim Daerah, Kepten Maritim hj Amran bin Hj Daud kepada keluarga anggota yang dimasukkan ke hospital dan waris anggota yang meninggal dunia.

Dalam ucapan Kepten Maritim Hj. Amran bin Hj Daud, beliau mengucapkan terima kasih dan tahniah atas kerjasama dan usaha semua warga dm5 dalam kejayaan melaksanakan program pelancaran Ops Redback/Sahabat Maritim dan Karnival Mobile CTC. Selain itu, beliau juga turut membuat beberapa teguran dan nasihat terhadap beberapa perkara dalam pemerhatian beliau sepanjang menjalankan tugas sebagai PMD di sini. Akhir ucapan, beliau berharap dan menyeru kepada semua warga DM5 agar sentiasa menghayati Ikrar Maritim Malaysia dan menjalankan tugas dengan komited dan bersungguh-sungguh.

Majlis pada hari tersebut diakhiri dengan upacara pemotongan kek hari lahir bagi semua pegawai dan Pegawai Penguatkuasa Lain-Lain Pangkat Maritim yang menyambut ulangtahun kelahiran pada bulan Januari hingga Mac.

BARIS BARIS 2

Sumber:

Staff Perhubungan Awam DM5 Kuala Linggi