WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

SHAH ALAM, 23 Januari - Sesi pembentangan dan penilaian pertama bagi Pertandingan Pantai Angkat anjuran Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) telah diadakan pada pagi ini di pejabat lembaga berkenaan.Daerah Maritim 4 Selangor yang mewakili Pantai Angkat Tanjung Harapan telah hadir ke sesi pembentangan tersebut.

          Timbalan Pengarah (Logistik), Lt Kdr (M) Mahathir bin Mohammad selaku pengerusi telah bertindak membentangkan aktiviti-aktiviti yang telah dilakukan bagi memulihara dan memelihara kawasan pantai di samping mewujudkansuasana ceria serta kawasan persekitaran pantai yang bersih.

          Tegas beliau, keadaan tersebut perlu dikekalkan memandangkan Pantai Tanjung Harapan merupakan kawasan tumpuan pengunjung terutamanya ketika hujung minggu dan musim cuti sekolah.

IMG 5180 IMG 5174