WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA KINABALU, 16 Januari – Maritim Malaysia Daerah Maritim (DM) Kota Kinabalu, Sabah senantiasa bersedia mengoperasikan aset-aset bagi mengawal keselamatan dan menyelamat di laut. Dalam mengulas berkaitan keupayaan aset Maritim Malaysia  di Sabah, Laksamana Muda Dato' Mohd Zubil bin Mat Som berkata setakat ini APMM Sabah mempunyai dua buah kapal besar yang mampu belayar lebih lama bagi penugasan kawalan keselamatan di Zon Ekslusif Ekonomi di perairan Sabah. KM BANGGI dan KM ARAU adalah dua daripada kapal besar milik Maritim Malaysia yang beroperasi dari DM15 Kota Kinabalu.

Beliau sebelum ini merasmikan satu Majlis Serah Terima Tugas Pegawai Memerintah KM BANGGI yang telah diadakan di atas kapal tersebut di jeti TLDM Sepanggar. Dalam ucapannya beliau mengharapkan semua pegawai dan anggota kapal akan meneruskan kecemerlangan yang telah ditunjukkan sebelum ini. Turut hadir menyaksikan majlis tersebut adalah Pengarah DM15 Kota Kinabalu, Laksamana Pertama Maritim Adam bin Hj. Aziz.

Majlis tersebut turut diadakan bagi menghargai khidmat Pegawai Memerintah KM BANGGI, Komander Maritim Aidil Adzhar bin Salleh yang akan mengambil alih tugas sebagai Pengarah Sistem Pengawasan Maritim (SWASLA) Sabah. Pengganti beliau adalah Komander Maritim Mohammad Nasir bin Man yang sebelum ini bertugas sebagai Timbalan Pengarah Operasi Daerah Kota Kinabalu.

 

 

IMG 1602 IMG 1632
IMG 1624 IMG 1635
IMG 1662 06-4126920-banggi-7502

 

Sumber/Foto :

Staf Perhubungan Awam DM 15 Kota Kinabalu