WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUALA LINGGI, 8 Januari – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia), Daerah Maritim 5 (DM5) Kuala Linggi telah menerima lawatan kerja akhir oleh Yang Berbahagia Laksamana Pertama Maritim Dato’ Haji Adon bin Haji Shalan, Pengarah Maritim Wilayah (PMW) Selatan sebelum beliau menamatkan perkhidmatan dan bersara wajib pada 9 Januari ini bertempat di Blok B DM5 Kuala Linggi pada 4 Januari lalu.

Majlis diadakan dalam suasana yang sederhana dan cukup bermakna bagi semua warga DM5 dan dalam ucapannya beliau menyampaikan amanat berunsurkan nasihat dan menyeru kepada semua agar melakukan tugas dengan penuh ikhlas dan berintergriti.

Tambahannya, beliau mengucapkan tahniah atas pelbagai kejayaan yang telah dilakar dan kerjasama yang terbaik oleh pegawai dan anggota DM5 Kuala Linggi sepanjang perkhidmatannya sebagai PMW di Wilayah Selatan.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan Street Lining oleh seluruh warga DM5 sebelum beliau meninggalkan majlis tersebut.

pmw1 pmw2
   

Sumber:

Staff Perhubungan Awam Daerah Maritim 5 Kuala Linggi