WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

Daerah Maritim 7 (DM7), Tanjung Sedili  telah mengadakan satu Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Maritim Daerah, yang bertempat di perkarangan pejabat DM7, Tanjung Sedili , disini hari ini.

Acara menandatangani dokumen Serah Terima Tugas Pengarah Maritim Daerah  yang disaksikan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan DM7, Tanjung Sedili, Norhidayah binti Mohamad   diantara  Kepten Maritim Haji Amran bin Haji Daud dan Komander Maritim Mohammad bin Othman yang akan memangku sementara tugas Pengarah DM7 selepas ini.

Kepten Maritim Haji Amran bin Haji Daud dalam ucapannya berkata beliau amat berbangga dengan kecemerlangan serta komitmen tugas dan tanggungjawab semua warga DM7 sepanjang perkhidmatan beliau disini dan mengharapkan kecemerlangan ini akan berterusan bagi menjadikan DM7 Tanjung Sedili sebagai contoh kepada daerah-daerah Maritim yang lain.

Sesungguhnya jasa dan bakti yang telah diberikan oleh Kepten Maritim Haji Amran bin Haji Daud khususnya amat tinggi nilainya dan akan terus sentiasa dikenang.

Majlis telah diakhiri dengan acara penyampaian cendera kenangan kepada mantan PMD yang telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah (Operasi).

Warga DM7 juga turut mengucapkan tahniah dan selamat bertugas kepada Kepten Maritim Haji Amran bin Haji Daud sebagai PMD yang baru di Daerah Maritim 5, Kuala Linggi selepas ini.

 

IMG 5862 IMG 5856

Sumber : Staf Unit Perhubungan Awam DM7, Tanjung Sedili