WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA TINGGI, 21 Disember - Program 3K (Kesegakan, Kecergasan dan Kesihatan) Maritim Malaysia Daerah Maritim 7 Tanjung Sedili 2017, telah melabuhkan tirai dengan gilang-gemilangnya,hari ini.

Program ini diakhiri dengan aktiviti berjalan lasak sejauh 25 kilometer dan disertai oleh seluruh warga DM 7 termasuk Pangkalan Maritim Mersing seramai  150 orang anggota. Aktiviti berjalan lasak ini bermula pada jam 9.00 malam dari pejabat DM 7 menuju ke Kg. Sedili Kechil seterusnya solat subuh berjemaah di Masjid Tuan Seh dan berakhir pada jam 8.00 pagi bertempat di pantai Teluk Mahkota untuk upacara Perasmian Penutupan Program 3K peringkat DM 7. Perasmian penutup program ini telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia, Dato' Haji Adon bin Haji Shahlan, Pengarah Maritim Wilayah Selatan di pantai Teluk Mahkota (Jason Bay), Kota Tinggi.

Dalam ucapan perasmian program ini, beliau amat berbangga dan berpuas hati dengan penganjuran program serta komitmen dan kerjasama yang ditunjukkan setiap pasukan yang hadir bagi melancarkan program ini. Selain dari program perasmian penutup 3K, Dato' Haji Adon bin Haji Shahlan, Pengarah Maritim Wilayah Selatan juga menyampaikan amanat yang terakhir untuk anggota DM 7 memandangkan beliau akan bersara wajib pada 9 Januari 2018.

"Program sebegini harus diteruskan setiap tahun bagi mencungkil bakat pegawai dan anggota Maritim Malaysia sedia ada dalam bidang sukan selain melahirkan pegawai dan anggota yang cergas dan sihat", katanya semalam. Tambahannya, agensi ini amat menitik beratkan indeks jisim badan (BMI) pegawai dan anggotanya dalam melahirkan seseorang penguatkuasa yang berketerampilan dalam melaksanakan tugas di lapangan yang mempunyai pelbagai situasi yang perlu mereka hadapi.

 

JL 1 JL 2
JL 3 JL 4

Sumber :

Staf Perhubungan Awam DM7