WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN, 9 Dis – Kelab Kebajikan dan Sukan AMSAS sekali lagi pada tahun ini telah berjaya menganjurkan Hari Keluarga AMSAS pada 8 Disember 2017 lalu bertempat di Pak Itam Inn, Cherating, Kuantan. Kira-kira seramai 150 anggota dan pegawai AMSAS termasuk ahli keluarga telah hadir memeriahkan program ini.

Acara tahunan berkonsepkan sukaneka dan ramah mesra ini bertujuan memberi keceriaan dan hiburan secara tidak rasmi di luar waktu pejabat selain mengeratkan hubungan setiap pegawai, anggota dan keluarga di AMSAS.

Semua aktiviti dan persiapan telah dikendalikan sepenuhnya oleh pegawai dan anggota AMSAS melalui jawatankuasa program yang telah dilantik.

Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan antaranya acara sukaneka, BBQ, persembahan ‘live band’, karaoke dan kemuncak acara ialah cabutan bertuah.

Rata-rata warga AMSAS memberikan respon positif dan berharap agar program seumpama ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.

 FAMILY1 FAMILY2 
 FAMILY3  FAMILY4

Sumber:

Unit Perhubungan Awam AMSAS