WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN, 8 DIS – Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat AMSAS tahun 1439H/2017M telah dilaksanakan secara sederhana namun tetap meriah pagi tadi.

Sambutan secara tertutup di Auditorium AMSAS ini diadakan bertujuan melahirkan rasa cinta dan sayang warga AMSAS kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW disamping mewujudkan dan menunjukkan sikap perpaduan serta bersatu padu umat Islam dalam urusan keagamaan sesuai dengan tema sambutan kebangsaan tahun ini, ‘Kesatuan Ummah Kesejahteraan Negara’.

Majlis telah dimulakan dengan alunan selawat serta persembahan nasyid oleh pelatih kursus asas Pegawai dan Bintara Muda sebelum dirasmikan sendiri oleh Pengarah Pendidikan dan Latihan AMSAS,YBhg Laksamana Pertama Maritim Dato’ Wan Mohd Affandi bin Wan Ahmad.

Majlis turut diserikan dengan ceramah khas Maulidur Rasul yang telah disampaikan oleh Pensyarah Jabatan Syariah Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), Al-Fadhil Ustaz Abdul Halim bin Abdul Karim.

Kemuncak acara adalah penyampaian Anugerah Tokoh Maulidur Rasul 1439H yang telah dianugerahkan kepada PW I Ali bin Othman di atas bakti dan jasa beliau dalam mendidik para pelatih selain keperibadian dan sahsiah unggul beliau yang boleh dijadikan contoh dan tauladan yang baik kepada semua warga AMSAS. Beliau telah membawa pulang sijil, senaskah buku dan juga piala pusingan.

 MAULUD1 MAULUD2 
 MAULUD4  MAULUD3

Sumber:

Unit Perhubungan Awam AMSAS