WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

LANGKAWI, 27 NOVEMBER - Daerah Maritim 1 (DM 1) Langkawi telah mengadakan latihan pengendalian rakit keselamatan untuk warga Maritim di sini bagi mendedahkan anggota kepada tatacara penggunaan rakit tersebut sekiranya berlaku kecemasan di laut.

Timbalan Pengarah Operasi Daerah Maritim 1 Langkawi, Komander Maritim Nurulazme Bin Zakariah berkata “pendedahan latihan berupa kemahiran iktihar hidup seperti ini hendaklah dititik beratkan terutamanya kepada pegawai dan anggota maritim yang bertugas di laut. Adalah menjadi salah satu tanggungjawab kepada anggota maritim untuk sentiasa siapsiaga dalam menghadapi pelbagai bentuk  dugaan dan cabaran semasa di lapangan.

Disamping dapat menguji tahap kemahiran pengendalian rakit keselamatan latihan ini juga melahirkan serta memupuk semangat kerja berpasukan di kalangan anak-anak kapal, ulas beliau.

Demontrasi pengunaan rakit penyelamat dipertontonkan kepada warga DM 1 oleh anak-anak kapal Kapal Maritim Tenggol dan Kapal Maritim Siangin. Taklimat tersebut diakhiri dengan satu das tembakan suar ke udara sebagai simbolik isyarat menarik perhatian pasukan menyelamat.

 

IMG 9829 IMG 9828
IMG 9823 IMG 9827

Sumber/ Foto :

LK I (M) Aliff Aiman bin Mohd Jeffry

Staf Perhubungan Awam

Daerah Maritim 1

This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.

04-9661355