WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KLANG, 24 NOV - Operasi Penguatkuasaan Bersepadu Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia Peringkat Jabatan Perhutanan Negeri Selangor yang bermula pada 20 Nov lepas melibatkan beberapa agensi seperti Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), PDRM, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negeri Selangor dan TNB berakhir dengan rasminya pada Majlis Perasmian Penutup yang diadakan bertempat di Hotel Goldcourse, Klang, pagi tadi.

Operasi tersebut dilaksanakan ke atas kawasan hutan simpan dan paya bakau dan terdapat beberapa senarai kawasan yang dikenalpasti dan disyaki sebagai kawasan menebang, memungah dan memindah kayu jaras bakau. Kawasan tersebut dipilih kerana mempunyai sejarah dan rekod penemuan serta tangkapan. Ia juga hasil daripada maklumat yang diterima unit risikan dan orang awam. Sehubungan itu, rondaan ke atas kawasan ‘hot spot’ berhampiran pulau dan jeti berhampiran Klang memperlihatkan penglibatan APMM khususnya Daerah Maritim 4 sebagai agensi yang membantu rondaan laut ke kawasan ‘hot spot’ di paya bakau bersama pegawai dan anggota jabatan perhutanan. Sebanyak 9 kes tangkapan telah berjaya dilakukan sepanjang operasi ini dijalankan.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Timbalan Pengarah Pembangunan Hutan, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, Haji Abdul Khalim bin Abu Samah, bagi pihak Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia. Menurut beliau, operasi tersebut adalah berdasarkan konsep NBOS (National Blue Ocean Strategy) dan perlu diteruskan pada masa akan datang di samping mengeratkan jalinan kerjasama antara agensi-agensi penguatkuasaan dan perkongsian ilmu dari segi bidang masing-masing.

IMG 3453 IMG 3487

Sumber:

Staf Perhubungan Awam DM4 Klang