WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

LAHAD DATU, 24 November 2017 Satu Program Derma Darah telah dilaksanakan bertempat di Pejabat Pangkalan Maritim Lahad Datu (PM Lahad Datu) yang berlangsung dari jam 8.30 hingga 11.00 pagi. Program ini merupakan hasil kolaborasi di antara Unit Tabung Darah, Jabatan Patologi dan Unit Perubatan Transfusi, Hospital Lahad Datu bersama-sama dengan PM Lahad Datu dan Jabatan Laut Sabah Cawangan Lahad Datu.

Program telah berjalan dengan jayanya, dan berupaya mendapat sambutan daripada semua warga pejabat, anggota bot di Jeti Lahad Datu mahupun dari Pos Hadapan Felda Sahabat dengan sebanyak dua puluh dua (22) beg darah berjaya diderma untuk Tabung Darah Hospital Lahad Datu, walaupun sasaran asal adalah sebanyak tiga puluh (30) beg darah, ekoran ramai anggota yang telahpun menderma darah dalam tempoh 3 bulan yang terdekat ini.

Program Derma Darah ini merupakan satu usaha Pangkalan ini memupuk semangat dan kelaziman kepada warga PM Lahad Datu untuk menjadikan pendermaan darah sebagai salah satu kelaziman dan sumbangan bakti sosial yang berterusan kepada masyarakat, serta secara tidak langsung anggota akan terfokus untuk mengamalkan gaya hidup sosial yang sihat dan bermoral serta tidak berisiko sekiranya pendermaan darah sudah menjadi kelaziman kepada diri mereka.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada warga PM Lahad Datu yang telah menderma darah, serta tidak dilupakan kepada mereka yang lain yang terlibat dalam menjayakan program ini dari segi pelaksanaan kolaborasi antara agensi, persediaan lokasi, penyediaan sajian ringan dan sebagainya sehingga program ini selesai dengan jayanya.

WhatsApp Image 2017-11-24 at 09.04.04
WhatsApp Image 2017-11-24 at 09.26.29

Sumber/Foto :

Staf Perhubungan Awam PM 8