WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

PULAU INDAH, 16 NOV – Satu lawatan oleh Ahli-ahli Persatuan Pesara Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (RMNOA) ke Pusat Hidrografi Nasional dan KM Bagan Datuk diadakan bertempat di Pusat Hidrografi Nasional pada pagi ini.

Rombongan pelawat yang diketuai Timbalan Presiden Persatuan Pesara Pegawai Tentera Laut Diraja Malaysia (RMNOA), Laksamana Muda Dato’ Gunaselan Salamuthu (Bersara), disambut wakil dari Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Pengarah Daerah Maritim 4 Selangor, Kepten (M) Abu Zaki bin Haji Mohammad dan Pegawai Memerintah KM Bagan Datuk, Leftenan Komander (M) Abdul Hakim bin Mohd Idris.

Lawatan tersebut bertujuan untuk melihat dengan lebih dekat perkembangan dan pembangunan APMM selain untuk mengeratkan hubungan silaturrahim di antara ahli-ahli RMNOA dan pegawai-pegawai APMM.