WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

PELABUHAN KLANG, 7 NOV - Seramai 25 orang pelajar Institut Kemahiran MARA Johor Bharu diketuai oleh En Sharil bin Latif dan Guru Pengiring En Hamzah bin Mustakim tiba ke Daerah Maritim 4 Selangor dalam satu lawatan sambil belajar ke pejabat DM4 pagi ini.

Timbalan Pengarah Operasi DM4, Komander Maritim Mohd Iszuadi bin Mohammad Hassan dalam ucapan aluannya menjelaskan bahawa Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dikenali dengan pelbagai nama namun ia merupakan satu agensi tunggal yang menguatkuasakan undang-undang di laut. Para pelajar jurusan Industri dan Mekanikal tersebut kemudiannya diberi taklimat tentang organisasi APMM dan DM4 khususnya sebelum diberi taklimat tentang KM Bagan Datuk.

Sehubungan dengan itu, mereka turut diberi kesempatan untuk melawat KM Bagan Datuk di jeti Pusat Hidrografi Nasional, Pulau Indah serta diberi pendedahan sedikit sebanyak tentang pengoperasian meriam, Unmanned Aerial Vehicle (UAV) serta jentera utama kapal tersebut.