WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

SEKINCHAN, 4 NOV - Satu dialog antara Jabatan Imigresen Malaysia dan Persatuan Nelayan Sungai Besar dan Sekinchan berjaya diadakan hasil inisiatif YB Budiman Mohd Zohdi, Ahli Parlimen Sungai Besar untuk membawa Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato Seri Hj Mustafar bin Hj Ali bertemu dengan para nelayan setempat.

Sesi dialog tersebut turut dihadiri wakil Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Pengarah Maritim Daerah, Daerah Maritim 4 Selangor, Kepten Maritim Abu Zaki bin Hj Mohammad serta wakil dari Jabatan Perikanan dan Polis Marin.

Isu utama yang diutarakan adalah permohonan bagi menggaji kru asing oleh majikan yang telah dijelaskan oleh Dato Seri Hj Mustafar sebagai satu prosedur undang-undang yang hendaklah dipatuhi melalui permohonan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS). Beliau juga menyeru majikan supaya mematuhi proses yang perlu dilaksanakan sekiranya terdapat pekerja warga asing mereka yang tidak mempunyai sebarang dokumen sebelum meneruskan permohonan PLKS.

Menurut  Kepten Maritim Abu Zaki bin Hj Mohammad, persatuan nelayan juga hendaklah mematuhi zon penangkapan ikan yang disyaratkan di dalam lesen. Pihaknya mengambil berat tentang isu tersebut dan tidak keberatan mengambil tindakan undang-undang jika terdapat nelayan yang melanggar syarat tersebut kerana ia boleh menjejaskan sumber pendapatan nelayan pesisir pantai.

IMG 2629 IMG 2648

Sumber:

Staf Perhubungan Awam DM 4 Klang