WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

Satu bengkel telah dilaksanakan pada 30 Oktober sehingga 2 November di Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN), Tg. Malim, Perak yang dianjurkan oleh Unit Keselamatan, Cawangan Khidmat Pengurusan.

 

Objektif bengkel ini adalah bagi mempertingkatkan kemahiran peserta berkenaan penggunaan sistem tapisan Keselamatan secara atas talian bagi tujuan menyemak latar belakang dan rekod lampau bagi pegawai dan Anggota APMM termasuk pekerja kontraktor, pembekal (vendor) dan Pelawat Antarabangsa.

 

Sistem eVetting ini telah dilancarkan pada tahun 2012 oleh Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan Malaysia (CGSO) yang menggantikan proses tapisan keselamatan secara manual melalui borang keselamatan yang digunapakai sebelum ini.