WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

SEREMBAN, 9 Nov -Pihak Pengurusan Atasan Daerah Maritim Kuala Linggi telah mengadakan Kunjungan Hormat ke atas  Y.A.B. Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan pada 1 November lalu bertempat di Eksekutive Floor, menara MAINS, Seremban.

Kunjungan hormat diadakan bertujuan mengeratkan hubungan yang sedia terjalin antara pihak APMM dan kerajaan Negeri Sembilan disamping menyampaikan pemakluman  mengenai pertukaran Pengarah Maritim Daerah, Kepten Maritim Ahmad Faridi bin Ferdaus yang bakal keluar ke Cawangan Siasatan dan Jenayah, Ibu Pejabat APMM serta memperkenalkan pegawai-pegawai kanan DM5.

Selain membincangkan  penglibatan APMM di Negeri Sembilan, pelbagai isu-isu semasa turut dibincangkan melibatkan peranan dan usaha  APMM terhadap pelbagai aktiviti, kes jenayah, perasi mencari dan menyelamat di sepanjang perairan negeri terbabit. Kunjungan hormat ke atas Y.A.B. Dato' Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan berakhir dengan sesi penyampaian cenderamata kenang-kenangan. 

  MB

Sumber/foto:

Staff Perhubungan Awam DM5 Kuala Linggi