WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KUANTAN, 9 Nov – Pengarah Maritim Malaysia Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim Zulkarnain bin Mohd Omar telah mengadakan kunjungan hormat ke Markas Wilayah Laut 1(MAWILLA 1), TLDM Tanjung Gelang, Kuantan Pahang.

Beliau telah disambut oleh Panglima Markas Wilayah Laut 1, Laksamana Muda Dato’ Pahlawan Mohamad Adib bin Abdul Samad. Turut hadir dalam kunjungan ini Pegawai Memerintah KM PEKAN, Kepten Maritim Robert Teh Geok Chuan.

Dalam pertemuan singkat itu pelbagai perkara berkaitan tugas dan tanggungjawab masing-masing dibincangkan yang meliputi  operasi dan aset serta kerjasama antara agensi. Ini adalah merupakan kunjungan pertama Pengarah Maritim Wilayah Timur ke pejabat ketua jabatan kerajaan di negeri Pahang setelah beliau mengambilalih jawatan tersebut bulan lepas.

1 2


Sumber : Unit Perhubungan Awam WILTIM