WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

PUTRAJAYA, 31 OKT - Maritim Malaysia melakar nama di Majlis Anugerah Hari Inovasi dan Kecemerlangan Jabatan Perdana Menteri 2017 yang dirasmikan oleh Ketua Setiausaha Negara, YBhg Tan Sri Dato' Sri Dr. Ali bin Hamsa di Dewan Sri Siantan Perbadanan Putrajaya.

Maritim Malaysia telah memenangi dua anugerah iaitu Anugerah Pengurusan JPM 2016 dalam Anugerah HRMIS dan Anugerah Khas Pencapaian Sukan 2016 oleh Pasukan Bola Tampar Team JPM/APMM.

Anugerah Pengurusan JPM 2016 ini telah disampaikan oleh Ketua Setiausaha Negara kepada Timbalan Ketua Pengarah, YBhg Dato' Abd Rahman bin Mohamad manakala Anugerah Pencapaian Sukan 2016 diterima oleh oleh wakil pasukan iaitu PW II(M) Zali bin Kadi, Unit Komuniskai Korporat dan BM(M) Huzaimie bin Wahid Cawangan Sumber Manusia Ibu pejabat APMM.Tahniah dan Syabas diucapkan kepada pemenang.

WhatsApp Image 2017-11-01 at 16.12.08 WhatsApp Image 2017-11-01 at 16.32.08

Sumber/ foto: Staf Unit Komunikasi Korporat Ibu Pejabat