WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA TINGGI, 30 OKT– Maritim Malaysia telah bekerjasama dengan Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) bagi menganjurkan Program Saringan Ujian Air Kencing kepada staf dan anggota pejabat Maritim Tanjung Sedili melibatkan semua anggota kapal dan bot.

Objektif program ini diadakan adalah bagi memastikan tiada warga Maritim Malaysia yang terlibat dengan gejala negatif serta menjadikan DM 7 sifar penyalahgunaan dadah.Program dimulakan dengan ceramah dari Puan Hazurah binti Husin.  Seramai hampir 91 orang staf dan anggota telah menjalani saringan ujian air kencing ini. Turut hadir adalah seramai 8 orang staf dari Agensi Antidadah Kebangsaan Cawangan Seremban. Ianya dirancang akan diteruskan lagi pada masa akan datang dengan penglibatan kepada anggota lain yang tidak terlibat pada kali ini bagi menjadikan warga Maritim Malaysia DM 7 bebas sepenuhnya dari gejala dadah yang boleh merosakkan.

IMG 5472

WhatsApp Image 2017-10-30 at 15.03.46

Sumber : Unit Perhubungan Awam DM 7