WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

Kota Tinggi - Unit Carilamat Maritim Malaysia (APMM) Daerah Maritim Tanjung Sedili(DM7) baru-baru ini telah mengadakan sesi taklimat berkenaan keselamatan di laut kepada peserta Kelab Reakreasi Sukan Petronas (KRSP) Wilayah Selatan dan komuniti setempat di Jeti Awam Sedili Besar , di sini.

Taklimat yang turut dihadiri oleh Pengerusi KRSP Wilayah Selatan, Encik Nordin bin M Yunus. Ketua Unit Carilamat APMM Tanjung Sedili, Bintara Muda Maritim Zairusyam bin Zakaria berkata, mereka akan mengadakan pertandingan memancing laut dalam pada tahun ini.

“Tujuan taklimat ini diadakan bagi memberi kesedaran kepada komuniti setempat dan pserta memancing tentang peraturan dan langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil kira semasa berada di atas perahu dan bot bagi mengelakkan kehilangan nyawa.

“Jaket keselamatan wajib dipakai setiap kali melalui jalan laut ataupun sungai. Peralatan lain seperti pelampung keselamatan dan alat pemadam api kecil juga perlu ada pada setiap perahu dan bot.” katanya.

Maritim Malaysia menyeru orang ramai agar menyalurkan sebarang aduan atau kecemasan di laut di talian Malaysian Emergency Response Services (MERS) 999 ataupun talian 24 jam Pusat Operasi Daerah Maritim Tanjung Sedili di talian 07-8916595.

 IMG 5465

IMG 5460

 

Sumber :

Staf Perhubungan Awam DM 7