WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

SHAH ALAM, 11 OKT - Pengarah Maritim Daerah Maritim 4 Selangor (DM 4), Kepten Maritim Abu Zaki bin Hj Mohammad bersama Timbalan Pengarah Logistik, Lt Kdr Maritim Mahathir bin Mohammad telah membuat kunjungan hormat ke atas Pengarah Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), Dato’ Ir Hashim bin Othman di pejabat beliau, Shah Alam pagi ini.

Lawatan ini merupakan julung kalinya diadakan oleh Pengarah Maritim Daerah sejak mengambil alih tampuk pemerintahan DM 4 bagi mengeratkan lagi kerjasama dan persahabatan yang telah sedia terjalin antara APMM dan LUAS sejak 2015. Di samping itu juga membincangkan pengoperasian bersama bagi memperkasakan penguatkuasaan undang-undang maritim di negeri ini. Di samping itu, ia juga memberi peluang kepada Maritim Malaysia dan DM4 khasnya yang sedang mengikuti pertandingan pantai angkat untuk lebih memahami visi dan misi LUAS sebagai penganjur dan penilai pertandingan tersebut.

0002 0001
Sumber:

Staf Perhubungan Awam DM4