WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

PELABUHAN KLANG, 14 OKT - Suasana riuh rendah memecah keheningan di Pantai Tanjung Harapan apabila komuniti pantai angkat sama-sama berkumpul bagi menjayakan Program Hari Pembersihan Pantai Secara Serentak Negeri Selangor Peringkat Majlis Perbandaran Klang (MPK). Program tersebut yang dirasmikan oleh Yang Dipertua MPK Y.Bhg Dato' Mohamad Yasid bin Bidin disertai oleh pelajar-pelajar daripada SMK Tinggi Klang dan Kolej Tingkatan 6 Sri Istana serta turut dibantu oleh Maritim Malaysia Daerah Maritim 4 Selangor dan komuniti River Ranger Sungai Udang.

Program tersebut dimulakan dengan kerja-kerja pembersihan pantai yang dibahagikan mengikut kumpulan. Di samping itu, pihak MPK dengan kerjasama Jawatankuasa Tetap Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Negeri Selangor dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) melaksanakan kerja-kerja pengiraan Clean Coast Index (CCI) berdasarkan sampah-sampah yang dikutip sepanjang program tersebut.

Menurut Pengarah Maritim Daerah DM4, Kepten Maritim Abu Zaki bin Hj Mohammad, program sebegini merupakan satu inisiatif MPK dan agensi bagi mengekalkan kebersihan dan menceriakan Pantai Tanjung Harapan seterusnya menjayakan program pantai angkat anjuran LUAS.Ujarnya lagi, Maritim Malaysia akan terus komited dalam menjayakan program-program komuniti di samping melaksanakan tanggungjawab penguatkuasaan dan kawalan di laut.

WhatsApp Image 2017-10-24 at 11.07.16 1 WhatsApp Image 2017-10-24 at 11.07.15

Sumber :

Staf Perhubungan Awam DM4 Klang