WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

 

Langkawi 23 Oktober -   Majlis ‘Welcome On Board’ Pengarah Maritim Wilayah Utara yang baru Laksamana Pertama Maritim Haji Rozali bin Mohd Said menggantikan Laksamana Pertama Maritim Zulkarnain bin Mohd Omar yang bertukar ke Ibu Pejabat Wilayah Timur telah dilaksanakan  dengan lancarnya.

Majlis dimulakan dengan sambutan ketibaan Laksamana Pertama Maritim Haji Rozali bin Mohd Said, Pengarah Maritim Wilayah Utara dengan perbarisan 'Hormat Panglima' daripada kawalan kehormatan anggota WILUTA. Seterusnya semua jemputan dijemput ke ruang legar Pejabat WILUTA untuk meneruskan lagi majlis ‘Welcome On Board’ Pengarah Maritim Wilayah Utara.

 Majlis dimulakan dengan nyanyian lagu Negaraku dan Maritim Perkasa. Selepas itu majlis menjemput Laksamana Pertama Maritim Haji Rozali bin Mohd Said, Pengarah Maritim Wilayah Utara untuk memberi ucapan pertama serta nasihat kepada warga WILUTA dan warga Daerah Maritim 1 Langkawi supaya dapat bersama-sama  berkerja dan membantu meneruskan kecemerlangan WILUTA.

Setelah selesai majlis pada pagi ini, sesi bergambar telah diadakan di perkarangan Pejabat WILUTA.

 

WhatsApp Image 2017-10-23 at 11.32.09 1
IMG 9516 
IMG 9488
IMG 9490

Sumber:

Staf Perhubungan Awam WILUTA