WARGA MARITIM2  ORANG AWAM2  MEDIA2  DIREKTORI  epenyertaan new  logo carian tp
 

Berita Utama

KOTA KINABALU, 23 OKT – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia Daerah Maritim 15 Kota Kinabalu telah dikunjungi YB Datuk Seri Shahidan Kassim,Menteri Di Jabatan Perdana Menteri bersempena dengan lawatan kerja beliau.

YB Datuk Seri Shahidan Kassim telah membuat lawatan ke Pusat Pemindahan mangsa banjir di Kota Belud. Satu sidang media khas mengenai isu bot nelayan asing di Kapal Maritim Arau yang turut dihadiri oleh Pengarah Maritim Daerah Kota Kinabalu,Laksamana Pertama Maritim Adam bin Hj.Aziz.

Beliau berkata, isu pencerobohan bot nelayan asing semakin serius terutama di pantai timur Semenanjung sehingga menyebabkan nelayan tempatan terjejas kerana tidak dapat meraih hasil ikan khususnya di perairan laut dalam.

"Masalah pencerobohan bot nelayan asing ini dilihat serius terutamanya di Pahang, Terengganu dan Kelantan, namun di Sabah masih terkawal.

"Jika didapati bersalah dan menerima arahan mahkamah, kita akan melakukan tindakan membakar serta melupuskan bot nelayan asing itu seperti yang pernah dilakukan sebelum ini membabitkan sejumlah bot nelayan asing, "katanya.

81f20e3f-6790-4c9f-8c9d-5db4771a1034 357bcde0-c1ff-4d37-8f5e-113a7adce941
ac5a9308-25e0-4d11-af56-2547da5311bc f73f275d-e502-4452-a221-d0113b7a1f9c

Sumber/Foto :

Staf Perhubungan Awam DM15